Menerusi pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah mengeluarkan sejumlah bajet besar untuk menawarkan tablet kepada para pelajar daripada golongan B40 untuk menjalani pengalaman pembelajaran yang lebih baik di intitusi pengajian nanti.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dalam sidang media baru sahaja mengatakan bahawa permohonan Pakej PerantiSiswa bagi pelajar daripada golongan B40 akan dibuka pada pertengahan April ini.

Sumber Gambar: Youtube

Kriteria yang diperlukan bagi melayakkan seseorang memohon adalah pelajar yang kurang berkemampuan daripada keluarga B40 serta pendapatan keluarga di bawah RM4,850 sebulan.

Dijangka fasa pertama pengagihan peranti akan bermula pada minggu pertama bulan Jun 2022. Sementara bagi kes seperti isu maklumat tidak mencukupi dan sebagainya diperlukan mereka membuat rayuan semual yang akan dibuka 60 hari selepas fasa pertama.

Beliau turut menegaskan pihaknya telah menetapkan spesifikasi minimum untuk tablet tersebut seperti mempunyai saiz skrin sebesar 10.1-inci, mempunyai papan kekunci dan stylus malah mempunyai RAM tidak kurang daripada 4GB. Setakat ini, kita masih belum mengetahui model dan jenama peranti sebenar yang dipilih kerana belum diumumkan lagi.

Selain itu, kerajaan juga sedia menambah beberapa pencawang telefon selular baharu di sekitar Johor dalam meningkatkan tahap capaian internet secara meluas.

Pencawang Telefon Selular Akan Ditambah Lebih Banyak Terutamanya Di Kota Tinggi

DNB Dalam Proses Pembangunan Tapak 5G Baharu Di Beberapa Buah Negeri Luar Kuala Lumpur